Khamis, 10 Januari 2013

Nilai Kasih & Sayang....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua...
  Entah bagaimana harus bermula entri nie...makcik pun tidak tahu.Harap semua dapat menerima setiap tulisan makcik walaupun mungkin tak sehebat penulis blog yg lain.Mungkin ada yang keliru kalau sebelum ini makcik ok ja menulis tapi tiba2 seperti kelu...:)
 Apa yang terjadi adalah ketentuan yang Allah s.w.t telah pun tetapkan...tanpa perancangan dari diri kita yang kerdil ini.Makcik memulakan blog nie sekadar suka-suka sebab suka baca entri yang ditulis.Bermula semua nie dari anak buah makcik yg comel Cik Eeja.Dunia blogger budak2 nie makin teserlah dengan bermacam2 post yg "comel2"...suka sangat.Disinilah bermula tulisan makcik walaupun tak semeriah "Tajuk" yg tertulis...MAKCIK SEDAP ENTERPRISE!!! Kemungkinan ada sedikit tapi tak begitu byk...selebihnya berkisar pada perjalanan hidup makcik.Mungkin makcik perlukan sedikit masa untuk lebih menulis berkenaan dunia masakan makcik nanti...Insyaallah...mudah2an ..doa2kn yer...Terima Kasih ^_^
 Setiap kehidupan kita dimuka bumi ini pasti mempunyai impian dan keinginan.Adakala apa yg dicita2kn menjadi kenyataan,adakalanya menemui kegagalan.Itu lumrah dlm kehidupan.Harapan tak mungkin tinggal harapan...perjuangan harus diteruskan...^_^
 Takdir yang menentukan pertemuan yg tak diduga..takdir jua yang menentukan perpisahan...Kala hati sedang gembira bila impian untuk menjaga kedua ibuayah menjadi nyata disitu telah terselit ujian Allah buat hambaNya.Impian 20 tahun lalu menjadi kenyataan...tatkala mula2 menjejak kaki ke alam remaja.Sambil sibuk bercerita makcik nyatakn dihadapan mak dan ayah bahawa suatu masa nanti makcik akan menjaga mereka.Makcik nak sangat jaga mak ayah bila mereka dah tua.Ini sajalah yg dapat makcik balas walaupun tak terzahir pengorbanan mereka yg besar selama menjaga makcik.Wajah mak dan ayah begitu gembira sambil tersenyum ayah kata"Esok kalau hang dah kawin mau ka laki hang terima kami duduk dengan hampa,silap2 kami pun hampa tak mai tengok"..mak paling kearah makcik,sambil makcik pegang tangan mak..makcik cakap"Kalau dia tak bagi dia tak yah kawin ngan makcik...makcik pun tak mau.."mak ayah senyum saja.Akhirnya Allah makbulkan setiap doa makcik.Makcik dapat mak ayah hingga akhir hayat mereka.Makcik mandi mak ayah macam mana mereka mandikan makcik waktu kecil.Makcik bedak mereka macam mereka selalu bedakan makcik sampai putih.Makcik mengaji kn Yassin macam mna mereka jaga waktu sakit makcik.Makcik sayang mak ayah seperti sayangnya mereka pada makcik....
 Takdir menemukan makcik ketika usia 2 bulan,makcik diambil sebagai anak angkat.Makcik dijaga,ditatang bagai minyak yg penuh.Kasih sayang mereka terlalu mahal untuk makcik bayar.Setiap keringat dan pengorbanan mereka terlalu bernilai tiada gantinya.Setiap kemahuan dan keinginan makcik mereka turuti.
 Takdir jua yg memisahkan makcik hingga akhirnya...34 tahun makcik bersama mak dan ayah.34 tahun makcik leka dibuai kasih sayang mereka...kini makcik telah kehilangan.Hilang yg tak akan dapat makcik temui lagi.Hanya nama yg akan ada pada makcik..Namun makcik bersyukur...Bersyukur kerana diberi peluang merasai kasih sayang insan2 mulia ini.Bersyukur menjadi anak kepada Naser Bin Ashaari dan Isah binti Saad walau hanya pada sekeping KERTAS!!!
 waktu nie dh pg...ayah minta makan lapaq kata ayah..tetiba mak pun nak sama...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan