Khamis, 6 Disember 2012

Al-Fatihah

Assalamaualaikum w.b.t...

    Salam buat semua warga blogger....lama xupdate noh..xpa..arini dh mai "mood" rajin sikit..so makcik tulis entri cerita pasal Allayarhamah bonda makcik Isah binti Saad.Jom singgah baca..:)
      My lovely mum nie sorang yang betul2 strong dalam hidup beliau.Sebagaimana ibu2 lain..mak (panggilan yg selalu makcik guna pakai) begitu setia memahami karenah ank2 walaupun ada ketikanya mak akan rasa "terluka" dengan sikap anak2 tapi mak sentiasa pendam.Tetap tersenyum...macam  diatas nie...sweet kn my mum...?
     Segala yang terjadi telah dirancang oleh Allah yang maha berkuasa...Dalam keadaan mak masih sihat tiba-tiba jatuh sakit dan hilang segala kata amat mendukacitakan makcik.Apa yang mampu makcik katakan lagi...hanya doa dan harapan agar mak segera sembuh.Hampir 9 hari mak berada di Hospital Besar Pulau Pinang,keadaan mak semakin lemah dan makcik minta agar mak dibawa pulang kerumah.Mendapat tentangan dari doktor namun makcik masih tetap dengan keputusan untuk membawa mak pulang kerumah.Alhamdulillah..berbagai tekanan dan rintangan dihadapi akhirnya tepat jam 10:15 malam mak sampai dirumah dengan bantuan st.john ambulance.
    2 minggu genap mak dirumah.Keadaan mak makin nampak pulih walaupun mak tidak dapat bercakap dan hanya terbaring diatas katil.Segala usaha dilakukan agar keselesaan mak terjaga.Kakak makcik Latifah Naser belikan mak sebuah katil yg selesa seperti mak berada dihopital .Kami sediakan tilam angin agar mak tidak sakit belakang kerana mak tidak dapat bergerak kekiri mahupun kekanan...Mak dah boleh buka mata..boleh tersenyum walaupun agak ketara kesakitan diriak wajah mak.Kami amat bersyukur kerana mak semakin positif dari sebelumnya.
    Namun saat-saat yg bahagia itu datang cuma sekadar membuaikan kami semua.Mak kembali penat dan makin tenat..Mak sekali lagi dimasukkan ke wad Hospital Balik Pulau pada tanggal 6/11/2012 paginya.Bermula lah episod kegelisahan kami seperti sebelumnya.Mak semakin hari semakin tenat dan makcik dapat rasakan waktu makin tidak lama.Setelah 4 hari mak berada dihopital doktor memaklumkan agar kami membuat keputusan untuk membawa pulang mak.Makcik yang bertanggungjawab menguruskan segala perihal kepulangan mak.Tepat jam 3:30 pagi mak smapai dirumah.Sesampai dipintu rumah,makcik lihat mata mak terbuka luas seperti sedikit lega kerana keinginan mak untuk berada dirumah tercapai.
    Kuasa Allah tak siapa yang mampu menghalang.Seminggu mak berada dirumah pada tanggal 16/11/2012 bersamaan 2 Muhharam iaitu pada hari Jumaat,tepat jam 2:50 petang mak menghembuskan nafas yg terakhir dihadapan anak-anak dan saudara mara yang lain.
   Ya Allah...Telah tementri janji yang Engkau telah tetapkan.Setelah genap 7 bulan pemergian ayah ,mak pergi buat selamanya...pergi meninggalkan kami semua.

Al-Fatihah buat arwah mak dan ayah....

Ya Allah...
Kumohon padaMu..Ampunilah tiap kesalahan dan dosa-dosa kedua ibubapaku.Lapangkan dan perluaskanlah kubur-kubur mereka Ya Allah.
Ya Allah...
Limpahi keberkatan dan nikmat serta ramhatMu keatas mereka.Tempatkan mereka dikalangan hamba2 yang Engkau kasihi dan yang telah Engkau ampunkan...Aaminn..
     


Tiada ulasan:

Catat Ulasan