Rabu, 6 Mac 2013

Hari Istimewaku


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Salam kemanisan dari Achik buat semua...Alhamdulillah kita dipertemukan lagi setelah agak sebulan achik tidak menulis diblog nie...Kesibukan dan pastinya kerja surirumah meranggkap peniaga ni agak membataskan kerja-kerja lainnya...Apapun achik bersyukur sangat-sangat kerana masih berkesempatan menulis lagi.Ermmm..kali nie banyak cerita yang nak achik share ngan kawan-kawan semua.Jom kita baca ya kisahnya...^_^
Pada tanggal 24 Febuari 2013..genaplah umur achik 35 tahun.Cepatnya masa berlalu..pantas waktu menginjak tua achik tiba.Sekali lagi achik benar-benar bersyukur kerana Allah menghadiahkan achik usia yang panjang.Jadinya setiap apa yang achik lakukan kena lah beringat.Beringat tu penting sebenarnya ya...kerana tuntutan waktu kita sebenarnya makin singkat..singkat sangat tanpa kita sedar bahawa...kematian sedang menanti kita dihadapan.Beringat dalam banyak hal...Amal ibadat yang kurang maka diperbanyakkan..pekara-pekara yang tidak bermanafaat dielakkan...
Dalam usia 35 tahun nie...achik makin mengenal kehidupan.Kalau dulu hidup untuk nikmat keseronokkan dunia..maka telah tiba masanya untuk achik fikir-fikirkan bekalan akhirat.Berhijrah kepada yang baik untuk lebih baik.Niat hati kalau diberi Allah rezeki yang luas..teringin rasanya nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci..biarpun sekadar mengerjakan UMRAH.
Itu sebenarnya impian yang achik tanamkan semenjak dulu lagi.Nak bawa mak ayah keTanah Suci..tapi Allah lebih sayangkan mereka.Achik pula masih tidak punya rezeki yang cukup sebenarnya.Insyaallah jika sampai seru dan keizinan dariNya,biar susah pasti achik akan sampai jua....
Doa-doakan ya untuk Achik....^_^

Part One